Monday, March 3, 2008

p/s sapa yang pernah baca, tak payah baca lagi k..

buat renungan insan bernama lelaki... suami ....
dan... ????

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat
kerja-kerja rumah. Malah dia
sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan
setiap hari pergi
kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di
rumah.
Kalau boleh, dia
mahu isterinya tahu
betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari
untuk menanggung
keluarga.

Satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari
sedangkan
isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak.
Aku mahu supaya dia tahu
betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah
ya Tuhan, tukarkanlah
aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk
sehari sahaja supaya dia pula dapat
merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula
yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan
permintaan Mat. Pagi
besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai
seorang isteri. Bangun
saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci
gigi
dan terus ke dapur
menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. lepas itu
bangunkan anak-anak
dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama
melayan suami
bersarapan. lepas itu menghantar suami yang nak pergi
kerja ke pintu, kembali
membetulkan baju anak-anak yang nak ke
sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa
ke
sekolah. lepas itu
panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak
ke
sekolah. Balik dari
sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan
keperluan dapur yang lain.
Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan
barang-barang dapur ke
dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti
ais. Komdian kutip kain
busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai
dan
dijemur. lepas itu baru
mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah
nanti. Selesai masak,
jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula
bergegas
ambil anak dari
sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan
sebelum mengatur
anak-anak supaya membuat kerja sekolah. lepas itu
terpaksa
pula kemas rumah
supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain
di
jemuran. Tiba-tiba
anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena
beri rawatan dan pujuk
supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai,
kain-kain yang baru diangkat
perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar
tak
sedar, waktu Zohor
dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa
bergegas pulak tunaikan
Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar
kedengaran. Selesaikan
pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja
yang
belum siap. Belum
sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk
menyiapkan makan malam.
Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak
makan, lepas itu
cuci pinggan mangkuk, lepas itu mandikan anak yang masih
kecil, lepas itu uruskan
supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam
lepas itu
lagi. Dekat pukul
11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai.
Badan pun dah longlai
lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga
mahukan
layanan. Berdosa
isteri kalau tak melayani kemahuan suami.
Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami
dilayani dengan sewajarnya
sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung
tertidur....... tak
pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum
dinihari,
Mat segera bangun dan
berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu....
Aku dah tak sanggup
lagi jadi
isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat
macam ni. Ada juga masa
berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan.
Tolonglah kembalikan
aku sebagai suami semula. taubat aku tak sanggup dah
jadi isteri. Salah
sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di
rumah begitu mudah.
Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar
bekerja" Sekonyong-konyong
Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai
Mat,kamu
belum boleh kembali
menjadi suami sebab
persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu
kenalah tunggu 9 bulan
10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu
dapat
menjadi suami
kembali...."

Whatttt???... 9 bulan 10 hari???
.....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak,
tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!

~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... Kenapa niii.....??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun
dari
katilnya dan terus
memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang
jadi
suami atau abang
yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni
perempuan. Tentulah abang
yang jadi suami..... Apa punya lawak
pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari
suntuk
membantu isterinya
membuat kerja-kerja rumah.....
Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis
Mat kutip basuh... Nab
terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian
melihat gelagat
suaminya.........

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi
kerana ia adalah
anugerah Tuhan yang tidak ternilai..
so orang suami2 di luar sana mahupun di dalam sini..hargai lah isteri anda..dan juga kaum hawa yang lain..ok

0 comments: